Nota Pendek Ilmu Emas

Nota Pendek Ilmu Emas


Kepentingan Emas

  • menghapuskan sistem kapitalis
  • menghapuskan riba
  • mengukuhkan kuasa membeli
  • menambah pengaliran wang masuk (cash flow)
Jenis Emas

  • 999
  • 950
  • 916
  • Suasa
  • Rantai Emas
  • Gold Bullion - GCP, PG, LF,
  • Berapa gram yang dijual, 20gm, 50gm,100gm.
  • Hallmark
Web atau Carta Harga
  • Web mana nak tahu kenaikan emas
  • PG
  • Kitco
  • Kelantan Gold Trade
  • Ada caj pengangkutan?

Beza Dinar dan Emas, Dirham dan Perak

Zakat Emas dan Perak? Bagaimana?


Pelaburan Emas

a) Pajak Gadai
  • kena faham pasal Pajak Gadai
  • Pajak Gadai Konvensional & Pajak Gadai islam
  • Pajak Gadai Ar-Rahnu

b) Bank atau koperasi mana nak gadai

  • Yapeim
  • Agro Bank
  • Bank Rakyat
c) Kena faham term-term dalam Pajak Gadai

  • Marhun
  • Caj Simpan
  • Pinjaman
  • Masa Pajakan contoh 6+6+6, 6+3
Matlamat Pelaburan Emas

a) Emas Fizikal

  • Rantai Emas
  • Gold Bar

b) Akaun Emas
  • GSPA
  • GIA
  • KFH
*halal haram kena tahu.. sebab dan musabab nya.

Teknik Pelaburan Emas

1) Pajak dan beli Barang
  • EPP sendiri

2) Pajak dan Rempit Emas
  • Rempit biasa (selalu nya terduduk)
  • Rempit bertaktik (kena kursus)
3) Simpan dan Naik - Jual
Makan sekali je

4) Cara atasi Inflasi (the best ever investment)

5)Pelaburan Emas Vs ASB

6) Teknik 1 dinar 1 bulan
  • Untuk pendapatan rendah dan nak melabur emas

7) Teknik dealer
  • Komisen la

8) Pajak dan dapat duit harian atau mingguan
  • totally cash flow

9) Pajak bulanan bagi kenaikan emas
  • untuk bank tertentu sahaja

10) Taktik tanpa modal
  • Teknik Air liur sahaja

Akhir sekali.

Kat mana nak jual balik jika terdesak
  • orang lain
  • dealer anda
  • syarikat emas

----------------------------------------------
Nizam / 0136408906
Introducer PG Code : PG005353
PublicGold Dealer
----------------------------------------------


Matlamat Pelaburan

Matlamat Pelaburan

1. Jana kekayaaan

2. Lindung Kekayaan

3. Pengumpulan Kekayaan

4. Penyucian Kekayaan

5. Pengagihan Kekayaan
Produk Jualan kami dari Public Gold

Produk Jualan kami dari Public Gold


Produk yang dijual


Public Gold menawarkan 2 bentuk emas pelaburan yang terbaik iaitu:

1. Dinar Emas (Coin) 916
2. Jongkong emas / gold bar 999.9


Dinar Emas.

Dinar emas yang dijual adalah di dalam bentuk berikut:-

1. 1 Dinar (4.25g 916)
2. 5 Dinar (21.25g 916)
3. 10 Dinar (42.50g 916)

Jongkong emas / Gold bar

Gold bar yang dijual oleh Public Gold adalah seperti berikut:-

1. 20 gram (999)
2. 50 gram (999)
3. 100 gram (999)
4. 250 gram (999)

Sijil Ketulenan EmasK

Setiap pembelian jongkong emas akan disertakan dengan sijil pengesahan ketulenan yang ditandatangani oleh "Assayer" yang diiktiraf. Ini bagi menjamin kualiti emas yang dibeli.
Entry point untuk melabur emas

Entry point untuk melabur emas


Harga emas sekarang sedang meningkat naik. Memang ini yang ditunggu-tunggu oleh pelabur emas tetapi apa yang perlu anda buat sekarang.

Andakah anda perlu membeli lagi selain menunggu harga melonjak naik atau terus duduk berdiam diri.

Bagi saya, entry point untuk melabur dan menyimpan emas perlu betul. Jika tidak betul, padah namanya.

Sekarang ni harga emas telah meningkat 10% dari awal tahun.

Sebagai contoh. Harga di awal tahun untuk 20gm RM2960 (paling rendah) dan pada hari ini RM3328, maka kenaikan nya telah mencapai 12%.

Jika anda membeli harga di awal tahun untuk 20gm RM3030 dan hari ini RM3328, maka kenaikan nya telah mencapai lebih kurang 10%.

Entry point untuk terjun dalam pelaburan emas adalah penting. Jangan tergesa-gesa.

Matlamat melabur emas

Apa matlamat anda sebenarnya melabur?

Hanya anda sahaja yang tahu jawapannya.
Nota Pendek Asas Simpanan Emas

Nota Pendek Asas Simpanan Emas


Rasanya dah berbuih orang memberitahu kepentingan emas. Maka apa yang penting, anda sendiri perlu berusaha mencari apakah asas menyimpan emas.

1. Perkara pertama, search pelbagai blog dan halaman web tentang emas. Baca-baca dan terus membaca.

Kalau tak faham, tanyalah otai-otai kita, kalau nak tahu lagi pergi lah seminar seminar emas yang tumbuh bagai cendawan sekarang.

Disini, anda kena tahu, apa itu Emas 999, 950, 916, 875,apa itu 24 Karat, 22 Karat, apa itu suasa, apa itu Dinar, berapa gram dinar tersebut, dirham, apa itu dirham dan berapa gram.

2. Alert dengan harga emas semasa. Lihat goldprice.org, kitco.com atau harga-harga pengedar emas malaysia seperti pulicgold dan GCP. Bila masa waktu New York mulakan trading emas.

3. Jenis pelaburan emas- Emas Gold Bar ke Akaun Simpanan Emas atau juga Barang Kemas

Kompilasi Harga Emas hari ini di Malaysia dan antarabangsa

Harga Harian Syiling Kijang Emas

Harga Emas Public Gold


Harga Dinar Emas Kelantan

Harga Emas UOB Bank Gold Products

Persatuan barang kemas Malaysia (FGJAM)

Harga Emas Dunia (spot gold)

Harga Emas dunia (spot gold) dalam RM/gram



Harga Akaun Simpanan Emas


Harga Emas Hari ini Public Bank Akaun Pelaburan Emas (GIA) -Not Syariah Compliant
Harga Emas hari ini Maybank Akaun Simpanan Emas (GSPA) -Not Syariah Compliant
Akaun Kuwait Finance House - Syariah Compliant


4. Perlu belajar apa tu Jenama produk kita, kekukuhan syarikat itu, dimana mahu membeli dan yang paling penting mana nak dijual emas tersebut

5. Bagaimana nak memulakan simpanan emas, berapa banyak perlu saya beli, berapa banyak perlu dibeli dan dijual setiap bulan, Bagaimana cara anda laburkan wang anda

6. Kat mana nak pajak, jika ada masa anda nak wang segera atau nak tambah stok emas.
7. Kenapa perlu beli emas dari wang yang anda dapat bulan? Apa itu inflasi?
Selamat melabur!
Jangan la sibuk memberi alasan, tetapi berusaha la untuk mencari jalan

Jangan la sibuk memberi alasan, tetapi berusaha la untuk mencari jalan


Anda mesti biasa dengar .."tak de modal!" Itulah laungan yang selalu anda dengari jika nak melabur. Ntah tak tahu bila nya ada modal nya kalau kita tidak mencari.

Selalunya orang sebegini kerana mereka tidak pernah membuat financial makeover mereka sendiri. Tak de ada pun tabung untuk pelaburan tapi tabung yang ada hanya untuk perbelanjaan.

Dalam melabur emas, tidak perlu gelojoh, beli dinar secara bulanan dengan istiqamah adalah lebih baik dari membeli secara "on off investment". Kalau kena masa dan ketika, mungkin kita akan untung tetapi mungkin juga rugi. Tapi kalau beli masa harga tengah murah, untungnya berlipat ganda.

Anda lihat sendiri Langkah-langkah membina tabungan.
Hina Besi kerana Karatnya, Mulia Emas kerana Harganya

Hina Besi kerana Karatnya, Mulia Emas kerana Harganya


Harga emas menunjuk peningkatan beberapa hari ni. Ish Ish, kena tambah stok sebelum harga akan menjadi tinggi lagi.

How high is high? Tidak seorang pun mengetahui nya. Adakah ini spekulasi atau memang ini adalah scenario emas masa kini.

Apa-apapun, jangan ketinggalan boat. Mari kita melabur dan melabur.

Mana tahu, daun-daun kering jadi ikan, wang-wang kertas kita jadi EMAS.

Selamat Melabur.

Tok Peraih Emas

Strategi Emas bagi membayar kad kredit

Strategi Emas bagi membayar kad kredit

Ramai yang menggunakan kredit kad sebagai wang mudah untuk membayar keperluan seharian.

Jika tidak di jaga, perbelanjaan dan hutang di kredit kad akan bertambah. Meminjam wang dengan kredit kad memang mudah, swipe saja, dapat barang.

Cuma masalahnya, bila tiba masa untuk membayar kredit kad. Ramai yang tercari-cari cara untuk membayar hutang kredit kad bila tiba waktu pembayaran. Anda mesti ingat, jika lambat bayar atau tidak membayar baki at least 5%, anda akan dikenakan bayaran RM50 atau 1% yang mana lebih tinggi.

Ramai pengguna yang tidak mengendahkan kerana tidak cukup tunai untuk membayar. Jika lambat atau tidak membayar sebelum 15 haribulan setiap bulan, catatan "1" anda di palit di CCRIS anda.

Ingatlah, dengan rekod yang buruk, anda akan sukar mendapat apa-apa pinjaman dari bank.

Cara terbaik adalah dengan strategi beli EMAS -> Pajak -> Bayar Kad Kredit.

Kad kredit adalah musuh utama pengguna di Malaysia. Dengan kadar 1.5% sebulan dan 18% setahun. Ia adalah satu instrumen Ah Long yang Bertauliah dari Bank untuk memberi hutangan dengan pulangan setinggi itu,

Memang anda akan kata jika saya beli emas dan pajak, saya masih berhutang dengan Ar-Rahnu kerana caj simpan sebanyak 0.75% sebulan dan 9% setahun.

Ini adalah lebih baik dari pada membayar 2 kali ganda interest yang dikenakan dan pada akhirnya anda dapat membayar hutang dan juga mendapat emas.

Tapi ingat, dengan kenaikan emas (sebagai contoh konservatif sebanyak 20%, anda mendapat lebih pulangan) dengan nilai emas yang semakin tinggi.

Strategi Pelaburan Emas Konvensional

Strategi Pelaburan Emas Konvensional


Strategi Emas ni biasalah digunakan oleh mana-mana pelabur emas. Strategi ini adalah beli dan simpan. Beli emas sekarang dan simpan untuk jangka masa yang panjang. Dengan kenaikan harga emas, anda mendapat keuntungan dengan menjual. Tetapi keuntungan anda sekali sahaja iaitu setelah menjual emas tersebut. One Off deal je.

Ini strategi mudah. Selalu jika ada lebihan duit beli dan simpan. Jika terdesak, boleh je jual atau pajak. Pajak lebih baik , lepas ada duit, tebus balik emas tersebut.

Selalu kita diingatkan supaya guna taktik "Buy Low Sell High". Satu persoalan, bila ya harga buy dia low atau rendah. Harga emas tidak akan serendah mana dah. So apabila kita lihat harga emas hari-hari ni, kita akan tahu berapa margin rendah dan berapa margin tinggi tu.

Selamat melabur.
Adakah berbaloi menghadiri Seminar Pelaburan EMAS

Adakah berbaloi menghadiri Seminar Pelaburan EMAS


Seminar EMAS tumbuh bagai cendawan tumbuh sekarang. Macam tidak tahu yang mana yang patut pergi, kan?

Pada pandangan saya, sebelum pergi ke seminar emas ni, study dulu apa yang patut anda ketahui mengenai emas. Banyak blog-blog menceritakan pasal emas cuma ramai tidak menceritakan strategi. Of course, setiap otai emas ni mesti ada rahsia dia yang tersembunyi mana boleh cerita kat blog blog ni. Nanti ramai yang ciplak dan mengaku otai lak.. hehe

Lagi pun kalau bagi free pun, ramai buat endah tidak endah je. Baik berbayar, baru mereka tahu bertapa susahnya mencari ilmu ni.

Berbalik kita kepada seminar emas ini, rata-rata peserta yang menghadiri seminar memang dah tahu apa itu emas dan kepentingan emas.

Strategi Emas

tapi ramai dari mereka hanya mahu mengetahui taktik dan strategi menjana emas. Itu yang paling berharga dalam seminar. Makin banyak seminar semakin banyak taktik yang dapat dipelajari. Tepuk Dada Tanya Poket. Bolehkan anda buat pelaburan emas seperti Otai otai Emas itu.

Nasihat saya, buatlah kiraan anda sendiri secara detil, guna kalkulator, excel sheet, pen, kertas kosong. Lakarkan idea itu dan pastikan idea itu bernas atau tidak? Itu perlu anda study betul-betul. Takut kantoi je sebab ramai yang menceritakan idea itu secara sekerat jalan. Contohnya, bila masa nak terminate loan, adakah boleh pajak sampai bila-bila. Caj simpan nya macam mana. Sebab macam saya lah, saya lebih kalkulatif mengira peratus caj simpan. Ada yang kata 0.65%, ada yang 0.75% dan ada yang kat 0.8%. Bagi saya, ambil yang tinggi sebagai worst case scenario.

Rata-rata dalam 3 jam atau sehari seminar lebih kurang 8 jam maksimum, tidak semua anda akan dapat ilmu mereka. Anda perlu lebih kalkulatif mencari dan mentafsir ilmu mereka.

Ada otai-otai emas yang bersedia menjadikan anda mentee mereka setelah tamat seminar mereka. Ini adalah yang paling terbaik untuk anda mengikut seminar mereka. Belajar secara berterusan dari Otai-Otai ini. Add mereka dalam Facebook anda!

Apa yang penting, kita lah yang menentukan kejayaan pelaburan emas kita. Akhirnya kita juga mencorak kehidupan kita.

ACTION

Satu nasihat saya, ACTION yang paling utama. Dengar saja, attend saja Seminar tidak menjadi tuan-tuan. Fikir cara terbaik untuk anda bergantung kepada matlamat anda lepas tu ACTION.

ACTION je ramai yang tidak buat. Lepas seminar, motivasi anda menurun. Emas pun tidak dilaburkan , pelaburan hartanah lagi lah.

Akhir kata, Selamat melabur!!

GSPA , GIA atau Akaun Simpanan Emas

GSPA , GIA atau Akaun Simpanan Emas



Adakah berbaloi melanggan GSPA atau GIA?

Pada mula, inilah pelaburan pertama yang saya buat selain membeli barang kemas untuk isteri saya. Oleh kerana pada masa ini, ramai yang memperkatakan pasal emas, saya terus membelinya.


Tetapi setelah pergi ke seminar-seminar pelaburan emas dan membaca blog mengenai Emas fizikal, tanpa berlengah lagi saya terus terpikat dengan Emas Fizikal. Tambahan pula, dengan Emas fizikal; anda mempunyai banyak kelebihan berbanding akaun simpanan emas ini. Pasal kelebihan ini, banyak blog telah pun menghuraikan nya maka tidak perlulah saya menghuraikannya lagi.

Ditambah lagi dengan komen Ustaz Zaharuddin saya telah pun beralih arah dan menjual semua emas di Akaun Pelaburan Emas itu.

Bacalah komen dibawah kenapa ia tidak mengikut syariah Islam?

http://www.zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/764-hukum-akaun-pelaburan-emas-di-bank-malaysia.html
Jangan jadi Speculator tapi Jadi lah Real Investor

Jangan jadi Speculator tapi Jadi lah Real Investor


Pada masa dan ketika, selalunya kita akan bersikap menjadi Speculator. Kenapa kita menjadi Speculator? Ini kerana, kita akan membeli emas dengan harga lebih rendah dengan jankaan emas akan naik dalam masa yang singkat. Anda melihat pergerakan naik turun emas setiap dua puluh minit even setiap jam.

Memang betul, ramai OTAI-OTAI Emas yang menyuruh kita membeli dengan matlamat ini "Buy Low Sell High". Tapi untuk mendapat keuntungan sebegini cepat anda sebenarnya menjadi speculator. Sebagai speculator, anda hanya menantikan keuntungan sedikit dalam masa yang singkat. Keuntungan anda hanya setakat kenaikan harga yang sedikit.

Jika anda sebagai Real Investor, anda melihat harga emas sebagai satu tanda aras, anda membeli untuk menantikan kenaikan yang lebih tinggi iaitu at least 6 bulan keatas, sementara itu, jika anda pelanggan yang ingin membeli anda dapat menjualnya dengan harga semasa.

Mereka tidak melihat penjualan emas dan pembelian emas pada satu transaksi sahaja. Dalam jangkamasa ini, sudah tentu keuntungan anda sudah melipat ganda.

Pelabur sebenar adalah pelabur yang hanya berkisar di sekeliling graf kenaikan dan penurunan harga emas. Anda adalah pelabur yang paling bijak.