Kadar Pajak Gadai Ar-Rahnu Agro Bank May 2011

Kadar Pajak Gadai Ar-Rahnu Agro Bank May 2011

Dari desas-desus facebook. Untuk makluman semua Agro Bank hanya menawarkan pajak gadai ar rahnu pinjaman 70% utk barang kemas dan goldbar hanya 50% sahaja.

*Dari komen-komen pelabur emas , ini tertakluk kepada Agro Bank tertentu sahaja

Anda perlu mengesahkan sendiri kebenarannya.


Terima kasih.
Konsep Tunggu dan Lihat Harga Emas

Konsep Tunggu dan Lihat Harga Emas


Ramai mengambil sikap berhati dalam membeli dan menjual emas. Kadar lelongan di facebook facebook juga tidaklah serancak seperti sebelum nya.

Ini adalah kerana harga emas turun sedikit dari nilai sebelum ini.

Harga emas hari ini adalah sama dengan harga emas 14-18 April 2011. Ada yang mengambil peluang membeli lebih banyak stok ada ramai yang jenis tunggu dan lihat.

Ada yang mengharapkan harga akan turun lebih lagi untuk mendapat lebih banyak stok. Tapi ramai yang sudah kehabisan wang untuk melakukan stok penimbal.

Apapun teknik anda, tepuk dada tanya selera.



Harga EMAS Jatuh

Harga EMAS Jatuh


Pagi tadi 1 dinar PG mencecah RM670, inilah masanya beli stock simpanan untuk sesiapa yang membeli harga yang lebih mahal dari RM670.

Ramai yang membuat spekulasi tentang emas, ada yang mengatakan sebab Osama dibunuh, maka Dollar mengukuh disebabkan keselamatan negara lebih baik walau pun itu hanyalah dongengan semata.

Kedua, ramai yang mengatakan US ingin meningkatkan lagi ceiling hutang mereka walaup 14.21 Trilion dollar adalah nilai ceiling yang ditetapkan oleh Federal Reserve.

Apa-apapun kalau emas jatuh, belilah lebih stok, bila mahal, beli juga tapi sikit-sikit je lah.

Kalau jadi spekulasi, sampai bila kita tak membeli.

Apapun selamat melabur.