Strategi Emas bagi membayar kad kredit

Strategi Emas bagi membayar kad kredit

Ramai yang menggunakan kredit kad sebagai wang mudah untuk membayar keperluan seharian.

Jika tidak di jaga, perbelanjaan dan hutang di kredit kad akan bertambah. Meminjam wang dengan kredit kad memang mudah, swipe saja, dapat barang.

Cuma masalahnya, bila tiba masa untuk membayar kredit kad. Ramai yang tercari-cari cara untuk membayar hutang kredit kad bila tiba waktu pembayaran. Anda mesti ingat, jika lambat bayar atau tidak membayar baki at least 5%, anda akan dikenakan bayaran RM50 atau 1% yang mana lebih tinggi.

Ramai pengguna yang tidak mengendahkan kerana tidak cukup tunai untuk membayar. Jika lambat atau tidak membayar sebelum 15 haribulan setiap bulan, catatan "1" anda di palit di CCRIS anda.

Ingatlah, dengan rekod yang buruk, anda akan sukar mendapat apa-apa pinjaman dari bank.

Cara terbaik adalah dengan strategi beli EMAS -> Pajak -> Bayar Kad Kredit.

Kad kredit adalah musuh utama pengguna di Malaysia. Dengan kadar 1.5% sebulan dan 18% setahun. Ia adalah satu instrumen Ah Long yang Bertauliah dari Bank untuk memberi hutangan dengan pulangan setinggi itu,

Memang anda akan kata jika saya beli emas dan pajak, saya masih berhutang dengan Ar-Rahnu kerana caj simpan sebanyak 0.75% sebulan dan 9% setahun.

Ini adalah lebih baik dari pada membayar 2 kali ganda interest yang dikenakan dan pada akhirnya anda dapat membayar hutang dan juga mendapat emas.

Tapi ingat, dengan kenaikan emas (sebagai contoh konservatif sebanyak 20%, anda mendapat lebih pulangan) dengan nilai emas yang semakin tinggi.