Wednesday, 5 April 2017

Kenapa ramai gagal dalam simpanan EMAS

TIPS gagal dan berjaya dalam EMAS

Untuk berjaya dalam pelaburan emas, anda perlu kenalpasti 2 faktor kegagalan dalam pelaburan emas.


​Sepanjang 11 tahun dalam bidang emas, saya dapat kenalpasti 2 sebab berikut:

1. Tidak konsisten.

Bagi orang yang modalnya kecil, kemampuan menyimpan cuma 1 gram atau kurang.

Dia mulakan simpanan emas dengan semangat berkobar-kobar, namun akhirnya hangat-hangat tahi ayam.

Selepas 3-4 bulan, semangat nak simpan emas pudar sebab terlalu banyak distraction. Lost fokus. Sebab tak nampak 'hasil'.

Penyelesaian: Mesti set dalam minda. Simpanan emas adalah untuk jangka masa panjang. Gunanya adalah untuk beli rumah, beli tanah, pergi umrah, anak nak masuk IPT.

Mesti beli emas secara konsisten.

2: Beli emas dengan mindset berjudi.

Maksudnya, amda beli emas sekali dan berharap harga naik.

Saya pernah jumpa orang yang beli emas sekali sahaja. Bila harga naik, dia jual dan untung. Lepas tu dah takut nak beli emas sbb harga dah tinggi.

Ini adalah beli emas dengan mindset berjudi (gamble).

Bagaimana kalau harga emas turun? Dia tidak berbuat apa-apa? Tidak ambil peluang tambah emas dan mengurangkan kos purata harga emas.

Orang yang gamble macam ni, risikonya tinggi. Dia boleh rugi.

Untuk menang dalam pelaburan emas, anda mesti konsisten. Cannot hangat2 tahi ayam.

Dalam jangka masa panjang, anda yang konsisten akan menang.

Kredit : Syukor Hasyim

----------------------------------------------
Nizam / 0136408906
Introducer PG Code : PG005353
PublicGold Dealer
----------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...