Tip Pelaburan Emas

Tip Pelaburan Emas


Pelaburan emas fizikal ialah urusniaga jual beli jongkong emas atau emas dinar yang Sah dan Patuh Syariah dimana beli emas dapat emas fizikal.

Tips pelaburan emas adalah seperti berikut

# Beli emas mesti dapat emas, BUKAN dapat surat perjanjian atau kontrak atau hanya dapat sebahagian emas atau tertangguh...

# Beli emas masa ada wang atau wang lebihan kerana pelaburan emas untuk jangkamasa panjang kecuali belian emas bermodal besar yang mempunyai peratus spread rendah. Margin untuk besar bila berlaku kenaikan harga emas

# Beli emas untuk pelaburan jangka sederhana atau panjang sekurang-kurangnya dlm tempoh setahun untuk dapat keuntungan...Bukannya beli 1 gram hari ni dan nak jual bulan depan dengan mengharapkan keuntungan.

# Beli jenis emas yang mempunyai peratus spread atau susut nilai terendah untuk keuntungan maksima. Emas pelaburan lagi besar lagi murah dan lagi rendah peratus spread.

# Beli emas dari syarikat pelaburan emas yang kukuh serta banyak cawangan kerana pelaburan emas untuk jangka panjang dimana jika emas dijual kepada syarikat berlainan, harga jual emas akan dipotong untuk kos melebur semula emas.

# Beli emas popular iaitu mudah untuk dibeli, mudah dijual atau digadai serta emas popular serta diminati ramai supaya mudah dijual beli.

# Beli emas setiap bulan tanpa mengira harga emas tinggi atau rendah lebih mudah dan menguntungkan dengan sistem pemurataan harga sambil mengelak kebocoran wang.

# Beli emas TERUS pada permulaan sebagai tapak pelaburan atau benchmark harga emas sambil mengelak wang habis dibelanjakan begitu saja.  Jika hari ni harganya RM190,  esok harga emas RM185, maka ia adalah murah dari benchmark anda iaitu RM190.


* JANGAN beli emas perhiasan untuk pelaburan kerana harganya mahal, kena upah tujang, kena gst dan peratus spread/susut nilainya tinggi.

* JANGAN beli emas tetapi tak dapat emas fizikal atau emas tertangguh atau dijanjikan imbuhan bulanan kerana ianya pelaburan haram atau skim cepat kaya. Jangan tamak...

* JANGAN pajak emas tanpa sebarang alasan yg kukuh dan tanpa teknik yang betul kecuali pajak emas kerana kecemasan, pusing modal perniagaan atau teknik pajak pada waktu sesuai.

* JANGAN beli emas kerana terikut orang atau waktu harga emas melonjak tinggi disebabkan pemintaan yang tinggi kerana selepas itu harga emas akan bertindak balas turun sikit.

* JANGAN beli emas murah kerana emas murah yang tiada jenama atau scrap tanpa pengesahan ketulenan susah  dijual dan dipotong harga jual yang tinggi.

* JANGAN jual emas kepada syarikat atau kedai emas yang berlainan kerana harga jual emas di potong tinggi kerana kos lebur semula emas.

*JANGAN TIDAK BELI EMAS kerana emas penting sebagai penyelamat waktu kecemasan, kejatuhan nilai wang, ekonomi meleset, bencana dan pengelak kebocoran wang kerana emas mudah dibawa, kalis air api, kalis inflasi dan laku seluruh dunia.

“ NILAI EMAS SEMAKIN TINGGI, NILAI WANG SEMAKIN RENDAH “

JANGAN TUNGGU BELI EMAS, SETELAH BELI EMAS HANYA TUNGGU...

Hubungi thru WA 013-6408906, Mohd Nizam PG005353

Dealer Public Gold Semenjak 2011 untuk maklumat pelaburan emas fizikal ilmu pelaburan emas fizikal