Disini, saya ingin menceritakan teknik simpan perak
Tekniknya adalah seperti berikut:
1. Beli, Simpan...(jangka masa pendek seperti 1 ke 3 tahun dan ke atas), dan Jual
2. Beli secara konsisten setiap bulan, Simpan, dan Jual (100gm sebulan contohnya)
3. Beli secara konsisten setiap bulan, sampai masanya...jual dan tukar kepada emas
4. Beli, simpan sambil berniaga emas dan perak sementara harga emas dan perak naik
5. Beli bila harga jatuh mendadak, tunggu harga naik (5%, 10%,20%...etc),
6. Beli Perak ikut SAP (Silver Accumulation Program PG) setiap bulan
7. Beli Perak ikut SAP (Silver Accumulation Program PG) setiap masa apabila harga margin perak anda rasakan rendah
Teknik
1 Teknik ini merupakan teknik biasa bagi pelabur baru yang ingin
berkenalan dengan perak. Iaitu, pelabur baru tersebut akan membeli 100gm
perak di awal tahun, dan kemudian menunggu selama setahun sehingga 3
tahun dan kemudian menjualnya. Kebiasaanya, harga perak 100gm ini akan
meningkat dan peningkatan ini merupakan keuntungan yang diperolehi.
Teknik
2 Apabila pelabur baru ini yakin dengan potensi pelaburan perak. Dia
akan merancang untuk memperuntukan sejumlah yang wang simpanan untuk
membeli 100gm perak secara tetap setiap bulan. Jadi, di akhir tahun
jumlah yang dikumpulkan mencapai 1200gm perak dan kebiasaanya harga
perak akan meningkat dan pelabur tersebut menjual kesemua perak yang
dimiliki untuk mendapat keuntungan.
Teknik 3 Pelabur baru
yang telah yakin dengan kehebatan perak daripada emas akan terus
menimba ilmu pelaburan perak dengan lebih mendalam. Teknik 3 ini adalah
teknik ratio Emas : Perak dimana, perak yang dikumpulkan setiap bulan
akan ditukarkan kepada emas apabila ratio Emas : Perak semakin
menghampiri.
Teknik 4 Pelabur baru tersebut telah "jatuh
cinta" dengan pelaburan logam berharga ini dan ingin mengajak
rakan-rakan lain untuk bersama-sam menyimpan emas dan perak sebagai
simbol insuran kekayaan mereka. Pelabur tersebut boleh menjadi dealer di
Syarikat emas perak yang kukuh dan diminati seperti Public Gold
Sambil
pelabur tersebut menunggu harga emas dan perak naik, pelabur tersebut
boleh berniaga untuk menambah pendapatan sampingan.
Menjadi dealer lebih menguntungkan kerana pembelian emas dan perak pada harga yang sangat murah.
Teknik
5 Pelabur tersebut tahu selok belok pelaburan perak dan merancang
strategi untuk memaksimumkan keuntungan dengan membeli borong bila harga
perak jatuh (harga spot) dan simpan sehingga harga spot meningkat.
Bagi saya, beli dan simpan adalah terbaik jika anda ada holding power.
Teknik
6: Beli silver dalam bentuk akaun dan anda tak perlu ada tempat
simpanan perak kerana ia disimpan oleh PublicGold Sendiri setiap bulan
tanpa gagal. Ini adalah cara terbaik, anda akan dapat 1200gm setahun.
Teknik 7:
Beli silver dalam bentuk akaun dan anda tak perlu ada tempat simpanan
perak kerana ia disimpan oleh PublicGold Sendiri tetapi anda beli masa
harga murah dari margin anda pada setiap bulan.
Tetapi
ilmu analisis harga juga perlu dipelajari,supaya tahu bila nak beli,
bila nak jual, bila nak beli borong, dan sebagainya.
Diharap teknik yang dikongsikan ini dapat membantu anda untuk merancang strategi pelaburan perak anda.
Post Top Ad
Thursday, 1 June 2017
Teknik Simpan Silver
Tags
Silver#
Simpan Perak#
Share This
About awe mat
Simpan Perak
Labels:
Silver,
Simpan Perak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Author Details
Seorang penyimpan emas tegar bernama Nizam aka tokperaihemas
No comments:
Post a comment