Beli Emas jangan sampai lemas

Beli Emas jangan sampai lemas

*BELI EMAS JANGAN SAMPAI LEMAS*


1 - Nak beli emas, jangan la dengan duit yang kita nak guna dalam jangkamasa terdekat. Nanti kita lemas.

2 - Nak beli emas jangan la hanya ikut-ikutan. Dah beli emas kena cari ilmu. Kalau tiada ilmu nanti kita lemas.

3 - Nak beli emas jangan la sampai kita buat pinjaman. Pastinya kita akan lemas.

4 - Nak beli emas jangan la dengan duit belanja dapur sampai dapur tak berasap. Cukup la beli sebulan segram secara istiqamah. Itu yang terbaik dan pastinya tak akan lemas.

5 - Beli 1 dinar, jangan la anggap ianya sebagai pelaburan. 1 dinar hanya layak sebagai simpanan.

6 - Ada yang beli emas dengan semua duit gajinya, kemudian dipajak dan gunakan duit pajakan sebagai duit perbelanjaan.Katanya dengar nasihat si penjual emas. Ini mengeyangkan poket penjual dik... Akhirnya anda pasti mati lemas sebab tak dapat bayar duit pajakan.

 7 - Gunakan pajakan untuk pajak emas, beli emas dan pajak lagi, beli dan pajak lagi. Akhirnya anda bukan sahaja lemas tapi akan koma terus.
 8 - Pastikan beli emas yang ada emas fizikalnya.

Jangan beli emas yang dapat deviden setiap bulan. Pastinya tak sampai setahun, anda akan mati lemas..😄😄😄 

 9 - Beli emas yang boleh di pajak dan mud ah dijual balik dan yang sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi.


Agar kita tak lemas mencari tempat untuk menjualnya.

Pakar kewangan Azizi Ali berkata" simpanlah emas sekurang -kurangnya 10% dari kekayaan kita". Anda yang sado pastinya beli Aurora italia untuk pasangan seperti Abang Sado akak..😄

Anda wanita jelitawan pastinya buat simpanan emas untuk masa depan kita dan anak -anak.

Sekurang -kurangnya bila memerlukan kita tak perlu meminjam pada sesiapa.

Kredit Mazlifah Omar