Jadikan Emas sebagai Sahabat dan bukan menjadi Hamba Emas.
Emas - Komoditi terbaik untuk Simpanan Masa Depan

Hubungi: Nizam - WA 0136408906 atau wasap https://wasap.my/60136408906/emas
Introducer PG Code: PG005353
Senang je Daftar percuma disini

Breaking

Post Top Ad

Sunday, 28 February 2021

Saya tidak berminat menyimpan emas

 Komen Customer: “Saya tidak berminat menyimpan emas. Saya sudah ada bisnes dan income yang selesa”



Ini antara contoh penolakan yang saya terima. Penolakan ini biasanya akan terjadi apabila kita tidak faham dan tidak jelas tentang fungsi sebenar emas. 

Salah satu fungsi emas adalah sebagai sebagai #backup Ketika kita perlukan duit.
Kata pakar kewangan, kita mesti mempunyai dana kecemasan 6bulan hingga 12bulan pendapatan sebagai #backup kita. Maksudnya samada kita berniaga atau bekerja, kita perlu berusaha untuk capai dana kecemasan sebanyak itu.


• Jika pendapatan kita sebanyak RM2,000 kita mesti memiliki RM12,000 sebagai dana kecemasan.
• Jika pendapatan kita sebanyak RM4,000 kita mesti memiliki RM24,000 sebagai dana kecemasan.
• Jika pendapatan kita sebanyak RM6,000 kita mesti memiliki RM36,000 sebagai dana kecemasan.
• Jika pendapatan kita sebanyak RM8,000 kita mesti memiliki RM48,000 sebagai dana kecemasan.
Seandainya kita “ngeri” melihat nombor-nombor itu bermaksud fikiran kita belum bersedia pun dalam membina dana kecemasan. Dana kecemasan tersebut adalah garis panduan yang dikerluarkan oleh pakar kewangan.

Jika kita belum pun berjaya menyimpan RM12,000  atau RM24,000 atau RM36,000 atau 48,000 , kita sebenarnya ada pilihan lain. Mungkin selama ini kita telah cuba menyimpan tetapi kaedah yang kita gunapakai itu sering menyebabkan kebocoran simpanan itu.


Apa kata kita cuba kaedah lain untuk berjaya capai simpanan dana kecemasan itu. Kita alihkan duit kepada emas. Ya dengan cara ini kita bekukan duit daripada #terguna dan #terbelanja.

Benar dana kecemasan perlu dalam bentuk tunai tetapi seandainya kita masih belum berjaya menyimpan dan masih berpegang kepada cakap-cakap orang, bila kita nak dapat capai simpan itu?


• Nilai RM12,000 = Kita boleh fokus kepada 50gram emas.
• Nilai RM24,000 = Kita boleh fokus kepada 100gram emas.
• Nilai RM36,000 = Kita boleh fokus kepada 150gram emas.
• Nilai RM48,000 = Kita boleh fokus kepada 200 gram emas.


Kita ambil contoh 50gram, nak capai duit RM12,000 memang susah tetapi nak capai 50gram sangat mudah jika kita tahu caranya.
• Jika kita konsisten simpan 1gram, kita perlu simpan sebanyak 50kali.
• Jika kita konsisten simpan 2gram, kita perlu simpan sebanyak 25kali.
• Jika kita konsisten simpan 3gram, kita perlu simpan sebanyak 17kali.
• Jika kita konsisten simpan 4gram, kita perlu simpan sebanyak 13kali.
Lebih jelas bukan??
Jangan bertangguh, teruskan mula menyimpan emas walaupun sekecil 1gram. Sekecil 1gram adalah permulaan kita capai 1kilo.

Jom simpan.   http://gap.wasap.my

CNP

No comments:

Post a comment

Post Top Ad

Pages