Perkara yang anda harus tahu apabila ingin menyimpan emas.

Perkara yang anda harus tahu apabila ingin menyimpan emas.

Perkara yang anda harus tahu apabila ingin menyimpan emas.

0⃣1⃣ Anda beli emas, maka secara automatik, anda menyimpan duit.

0⃣2⃣ Orang tak beli emas guna duit yang hendak digunakan untuk perbelanjaan harian. Hanya beli apabila ada duit lebih.

0⃣3⃣ Emas boleh dijual, di rahnu untuk dapatkan duit. Ramai pembeli emas di luar sana. Rajin rajin la mencari. 

0⃣4⃣ Emas ada naik dan turun harga. Jadi jangan panik jika dah terbeli harga mahal. Jangan terlalu gembira jika dapat beli pada harga murah. Rilek.

0⃣5⃣ Emas tidak menawarkan dividen, hibah atau apa apa bonus. Jika terjumpa org menawarkan perkara di atas. Jauhkan diri anda.

0⃣6⃣ Emas dikenakan zakat apabila cukup berat dan tempoh simpanannya. Sila cakna ttg zakat apabila anda menyimpan emas.

0⃣7⃣ Emas yang disimpan tidak dilindungi oleh PIDM, ia tanggungjawab diri sendiri. Kena bijak menyembunyikan simpanan anda. Jangan sampai lupa pulak.....

0⃣8⃣ Emas rosak, patah, terbakar, bengkok tetap bernilai. Jadi, anda boleh test try cuba gigit.... Takde hal, ada bekas gigi pun tetap bernilai.

0⃣9⃣ Lelaki tidak boleh pakai barang kemas tapi boleh simpan emas.

1⃣0⃣ Jarang orang nak pinjam emas. Nak elakkan diri drpd memberi dan menagih hutang kecil, simpanlah emas.

Begitulah๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š