Jadikan Emas sebagai Sahabat dan bukan menjadi Hamba Emas.
Emas - Komoditi terbaik untuk Simpanan Masa Depan

Hubungi: Nizam - WA 0136408906 atau wasap https://wasap.my/60136408906/emas
Introducer PG Code: PG005353
Senang je Daftar percuma disini

Breaking

Post Top Ad

Sunday, 11 April 2021

“Terima Kasih perkenalkan saya dengan emas. Saya sudah ada simpanan sekarang”

“Terima Kasih perkenalkan saya dengan emas. Saya sudah ada simpanan sekarang”

Ini antara ucapan yang selalu saya terima. Alhamdulillah. 🥰

Apabila kita berkongsi sesuatu yang bermanfaat, orang akan ingat kita. Sebenarnya kita tidak minta diingati. Cukuplah Allah yang Menghakimi.

Teringat saya kisah pelanggan-pelanggan saya.

Ada yang bekerja 3 tahun tetapi masih tiada simpanan kecemasan.

Ada yang bekerja 5 tahun tetapi masih tiada simpanan kecemasan.

Ada yang bekerja 10 tahun tetapi masih tiada simpanan kecemasan.

Paling sedih, Ada yang bekerja hampir 15 tahun tetapi masih tiada simpanan kecemasan.

Masalah “Poket Bocor” bukan perkara biasa. Jika kita tidak kawal, ianya akan menjadi tabiat biasa dalam diri.

Jika dahulu masa zaman menjadi pelajar, kita tiada masalah kewangan.

Cukup makan.
Cukup pakai.
Cukup ada.

Tetapi bila sudah bekerja, kita ada masalah kewangan. Logiknya mestilah kewangan kita bertambah baik sebab ada pendapatan tetapi sebaliknya.
.

Jadi, perkara #Pertama yang kita boleh lakukan ialah mengaku kesalahan diri. YA, kita kena buangkan ego. Masalah ini berpunca daripada kita sendiri. 

Berhenti salahkan orang sekeliling. 
Berhenti salahkan Majikan. 
Berhenti salahkan Kerajaan. 
Berhenti salahkan Takdir.

Kenapa?

Kita sendiri kena bertanggungjawab untuk selesaikan masalah kewangan kita. 
.

#Kedua, kita kena ambil tahu kedudukan kewangan kita. Tahap mana sebenarnya masalah kewangan kita?

#Ketiga, cari jalan untuk selesaikan. Hanya ada dua perkara yang kita boleh lakukan,

a) Kurangkan Komitmen
b) Tambahkan Pendapatan.

Bahasa mudah, 
Jika kita dapat kurangkan komitmen itu bagus. 

Jika kita dapat tambahkan pendapatan itu juga bagus.

Tetapi jika kita dapat kurangkan komitmen dan dalam masa yang sama kita dapat tambah pendapatan, itu sangat-sangat bagus 😊
.
#Keempat, Wujudkan & cipta keseronokan dalam diri untuk bina tabiat menyimpan. Banyak #Tips sebenarnya untuk motivasikan diri.

a) Kumpul duit hijau, Oren, Biru & sebagainya. 
b) Cari tukang simpan yang boleh dipercayai.
c) Berlumba dengan pasangan, kawan untuk capai sesuatu jumlah. 
d) Simpan di ASB dengan matlamat.
e) Simpan emas dengan senyuman.
f) Dan lain-lain.

Antara kesemua di atas, peratusan simpan emas lebih tinggi untuk berjaya. 

Simpan duit rasa seronok nak belanja. Simpan emas rasa seronok nak kumpul.

Nampak beza?
.
Apa yang saya perhatikan, semua orang boleh menyimpan duit tetapi tidak ramai yang boleh kekalkan duit simpanan itu.

Oleh sebab itu, emas antara medium yang sesuai untuk kita bekukan duit kita daripada bocor.

Jadi, kerja seberapa lama pun jika “Terjebak” dengan simpan emas,

a) Baju harga puluhan ringgit itu akan bertukar menjadi emas .

b) Kasut harga ratusan ringgit itu akan bertukar kepada emas.

c) Handbag harga ribuan ringgit itu akan bertukar menjadi emas.

Bukan tak pakai baju.
Bukan tiada kasut.
Bukan tak wujud handbag.
Tetapi berpada-pada dalam berbelanja. 🥳

Moga perkongsian ini memberi 1001 manfaat ya.
Linktr.ee/tokperaihemas


No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Pages