Simpan Emas sebagai modal untuk membeli aset yang lebih mahal

Simpan Emas sebagai modal untuk membeli aset yang lebih mahal

*Simpan Emas sebagai modal untuk membeli aset yang lebih mahal ‼️* Jom kita baca perkongsian daripada Mentor Emas saya 👇👇
Gais.

Emas adalah aset kecil yang anda boleh kumpul untuk mendapat aset yang lebih besar.
Contohnya, anda simpan emas yang kecil-kecil, contohnya 1 dinar dengan konsisten.
Anda terus kumpul 1 dinar sehingga anda mempunyai banyak dinar emas.
Anda hanya jual dinar ini apabila ada peluang untuk mendapat aset yang lebih besar.
Game anda adalah Aset tukar kepada Aset.
Jangan jual emas semata-mata kerana harga tinggi sebab ada risiko anda terguna, terpakai dan terbelanja wang tersebut.
Maklumlah… dah untung kan?

Tips ini saya belajar dari customer saya yang hobinya mengumpulkan satu dinar emas.
1 dinar … 1 dinar … 1 dinar..
Lama kelamaan, beliau dah ada 100 dinar.
Kemudian beliau jual 100 dinar ini kepada saya. Saya ingat lagi waktu tu harganya RM465 (ehem ehem.. waktu tu harga Dinar emas murah okey)
Total saya bayar dia ialah RM46,500.
Duit ini dia guna untuk beli tanah. Yay!

Gais. Inilah teknik terbaik untuk kumpul emas.

Bila ada peluang, tukar aset emas menjadi aset yang lebih baik.
Anda pastu tersenyum.

Jangan jual emas sebab harga tinggi. Sebab anda tak tahu apa akan jadi dengan cash tersebut.
Ntah.. ntah nanti jadi asap 💨 💨 💨😆

#NotaEmasSyukorHashim