Rahsia 1 dinar

Rahsia 1 dinar

1 dinar ni boleh buat backup belanja hangus sekitar RM1,000.

Penyimpan emas yang nak pakai duit, boleh pergi pajak emas ni ke ar-rahnu. 1 dinar boleh dapat pinjaman RM1,000 on the spot.

Lepas tu bayarlah balik dalam masa 6 - 12 bulan.

Tapi saya percaya, tak lama lepas selesai urusan dia nak pakai duit, mesti dia akan tebus balik secepat mungkin. Sebab sayang... Sebab takut kena caj lebih mahal kalau lambat tebus...

Bila ada duit, kita akan fikir tebus emas ni dulu. Bila nak berbelanja, kita akan berkira-kira sebab kita fikir baik pergi tebus emas dulu...

Bahkan kita akan kreatif cari income tambahan untuk tebus  emas tu balik.

Akhir sekali, keperluan perbelanjaan dapat diselesaikan, emas pun dapat balik! Itulah maksud sebenar "backup belanja hangus" 

Bukannya guna semua gaji buat pergi beli emas. Lepas tu pergi pajak dan belanja duit pinjaman tu untuk perbelanjaan habus bulanan. Bukan....

Teknik ni saya popular bila tengok realiti, banyak orang susah disiplinkan diri menabung. Tapi mereka berdisiplin bayar hutang.

Bila menabung pulak, sekali dia tarah (belanja) duit tabungan tu, duit tu hangus tak berganti...

Bila terdesak nak pakai duit, dia terpaksa buat loan sana sini, personal loan, kad kredit, skim beli dulu menyesal kemudian, yang langsung tak ada backup dengan "aset" macam emas.

Maka teknik ni sesuai untuk mereka.

Tapi teknik ni cuma sesuai bagi yang mampu tebus emas tu dalam masa 6 - 12 bulan. Kalau memang tak ada sumber duit nak tebus, teknik ni tak sesuai.

Lebih baik jual sahaja...

#TipKayaDenganEmas #TipArrahnu #BukuWangEmas