Tunggu harga emas

Tunggu harga emas

Harga naik tak kaya, turun pun tak miskin... Yang paling penting, dah berapa keping (gram) emas yang kita ada?

Itu persoalan paling penting yang setiap penyimpan emas kena sibuk. Bukan sangat pasal harga...

Selagi kerajaan terus cetak duit kertas (sistem wang fiat), harga emas confirm akan naik pada masa akan datang. Sebab sistem duit kertas tu memang dicipta menyebabkan kuasa beli duit makin lama makin kecil nilainya.

Suka tak suka, kita terpaksa bayar harga lebih mahal untuk dapatkan barang yang sama pada masa akan datang.

Harga barang keperluan naik, harga tanah dan rumah naik, apatah lagi barang yang dianggap mahal sejak zaman berzaman - emas.

Jadi buat apa sibuk pasal harga?

Pengalaman saya dah 14 tahun dengan emas, saya belum jumpa lagilah mereka yang kaya dengan emas asbab mereka monitor harga.

On papernya memang dialah yang paling untung. Realitinya tak macam tu. Sebab mereka yang sibuk monitor harga akan kalah dengan emosi - sentiasa dalam posisi menyesal.

Bila harga naik, menyesal tak beli hari tu.
Bila harga turun, menyesal dah beli hari tu.

Akhir sekali dia rasa tak beli emas dan duit dia habis dibelanjakan tu lebih menguntungkan.

Walhal mereka yang beli emas tak tengok harga, emas mereka dah berkeping-keping. Emas makin banyak, confirmlah mereka makin kaya.

Bulan lepas, harga emas RM339 segram dah dianggap mahal. Tapi RM339 hari ni dianggap murah. Sebab semalam harga emas cecah RM361 segram!

Siapa yang menyesal beli emas masa harga mahal bulan lepas, mesti dia rasa beruntung bila tengok harga emas sekarang jauh lebih tinggi berbanding bulan lepas.

Bahkan ada yang dah untung kalau jual bulan ni.

Nak kaya ni bukan sekadar matematik. Kalau sekadar matematik, nescaya tak ada akauntan yang berbelit dengan masalah kewangan.

Sebagai seorang Chartered Akauntan, saya boleh sahkan Akauntan pun berbelit dengan masalah kewangan. Bahkan banyak akauntan pun kewangannya masih lagi "kais sebulan makan sebulan" walaupun mereka memang bijak bab kira-kira.

Sebab tu saya sentiasa ulang nasihat, jangan buang masa dengan harga emas. Saya percaya, lepas 10 tahun menabung emas, pandangan setiap kita tentang menabung emas akan berbeza.

Ia bukan lagi tentang harga. Tapi sejauh mana kita konsisten tambah kepingan-kepingan emas dalam simpanan kita. InsyaAllah.

#TipKayaDenganEmas