Kaya Itu Mulia
Ramai orang rasa tak perlu kaya termasuk saya dulu. Dulu saya fikir kaya itu tak baik. Tapi mentor saya Tn Mohd Zulkifli Shafie beritahu "Kaya Itu Mulia." Saya kurang faham ungkapan ini.
Beliau jelaskan kita kena kaya supaya kita boleh bantu orang lain dengan lebih berkesan. Berbanding orang miskin hanya boleh bantu diri sendiri dan keluarganya sahaja.
Tapi sebenarnya, kaya bukan tentang diri kita semata-mata. Kaya itu tanggungjawab. Sebab bila kita kaya ada banyak manfaatnya:
1. Kita boleh beri kehidupan lebih selesa pada diri dan keluarga
2. Kita boleh rawat mak ayah dengan lebih baik
3. Kita boleh bantu pendidikan anak-anak tanpa berhutang
4. Kita boleh bantu saudara-mara & sahabat dalam kesusahan
5. Kita boleh tinggalkan warisan untuk generasi seterusnya
6. Kita boleh bayar zakat pada kuantiti yang lebih untuk kebaikan ummah
7. Kita boleh berbelanja di kedai-kedai sekaligus membantu peniaga ada jualan tanpa tawar-menawar
Kaya bukan sekadar ada banyak duit.
Kaya ialah ada kemampuan untuk memberi tanpa risau tentang diri sendiri.
Orang miskin fikir tentang hari ini.
Orang kaya fikir tentang kesan tindakan mereka untuk 10–20 tahun akan datang.
Kalau dulunya kita hidup susah, tapi kita boleh ubah kerana satu niat:
“Aku nak kaya sebab tak nak anak aku ulang hidup susah macam aku.”
Dan niat itu buat kita berusaha simpan, belajar, dan bangunkan kekuatan kewangan.
Kaya bukan kemewahan.
Kaya adalah keupayaan.
Kaya bukan tentang dalam kasut sendiri
Kaya ada tentang manfaat kepada orang lain.
Umpama sebatang pokok yang subur.
Bila kita cukup, baru kita boleh bantu orang lain cukup. Jadikan kekayaan sebagai alat untuk beri manfaat lebih besar.