RAMALAN HARGA EMAS NAIK 2026

RAMALAN HARGA EMAS NAIK 2026



Deutsche Bank mengumumkan ramalan – harga emas bakal melonjak ke $4,000 per auns troy menjelang tahun 2026. 

Angka ini lebih tinggi daripada ramalan sebelumnya iaitu $3,700/oz, memberi isyarat bahawa potensi emas masih jauh dari titik maksimum.

Apa yang Menggerakkan Ramalan Ini?

1. Kadar Faedah AS Dijangka Turun - Pasaran menjangkakan Rizab Persekutuan (Fed) akan mula menurunkan kadar faedah.

2. Bila kadar faedah rendah, kos peluang (opportunity cost) menyimpan emas jadi lebih murah, dolar melemah, dan emas menjadi pilihan pelabur.

2. Politik AS Yang Bergejolak - Campur tangan pentadbiran Trump terhadap kebebasan Fed mencetuskan ketidakpastian pasaran.

Dalam dunia pelaburan, ketidakpastian menyebabkan harga emas naik kerana ia dilihat sebagai aset selamat (safe-haven).

3. China Memborong Emas Besar-Besaran - Import emas bersih China melalui Hong Kong naik lebih 126% hanya dalam sebulan.

Bank pusat China juga terus menambah rizab emas mereka. Permintaan rasmi global kini dua kali ganda purata 10 tahun lalu – bukti bahawa emas semakin menjadi rebutan kuasa ekonomi besar.

4. Permintaan Pelabur Meningkat Secara Drastik - Data terkini tunjukkan permintaan pelaburan emas naik 78% berbanding tahun lepas.

Ini bukan sekadar trend – ia gelombang besar yang sedang mengubah landskap kewangan global.

Walaupun begitu, masih ada risiko yang perlu kita ambil maklum. 

Ada beberapa cabaran seperti prestasi saham yang masih kuat atau kemungkinan Fed tidak teruskan pemotongan kadar faedah pada 2026. 

Gais,

πŸ“Œ Ramalan ini bukan sekadar angka – ia peta masa depan. 

Dengan ramalan $4,000/oz, emas berpotensi menjadi pelaburan terhangat dalam dekad ini.

Bagi pelabur yang sudah mula menyimpan emas, inilah masanya untuk terus "buy & hold". 

Bagi yang masih di atas pagar, peluang seperti ini tidak datang selalu.

Simpan emas dengan senyuman πŸ˜ƒ 

Sila share jika bermanfaat. 

kredit
#NotaEmasSyukorHashim 
17/9/2025