Simpan emas ni sebenarnya untung ke
“Simpan emas ni sebenarnya untung ke?”
Jawapan ringkas saya:
YA, kalau kita faham cara dan tujuannya.
Izinkan saya jelaskan secara mudah dan tersusun.
1️⃣ Untung untuk jangka masa panjang
Emas alat pelindung kekayaan.
20 tahun lepas, harga emas sekitar RM30 segram.
Hari ini, sekitar RM650 segram.
Bukan kerana emas jadi hebat tapi kerana nilai duit kertas makin mengecil dimakan masa dan inflasi.
2️⃣ Untung sebab duit tak “habis”
Bila kita menabung emas, kita tidak berbelanja.
Kita cuma menukar bentuk simpanan
daripada duit kepada emas.
Emas bukan barang pakai buang.
Tak rosak.
Tak luput.
Dan masih milik kita walaupun 10 hingga 20 tahun akan datang.
3️⃣ Untung kerana tahan inflasi
Harga emas memang turun naik dalam jangka pendek.
Naik… turun sedikit… kemudian naik lagi!
Tapi duit kertas berbeza.
Bila nilainya jatuh, sukar untuk naik semula ke tahap asal.
Sebab itu emas digunakan sejak ribuan tahun sebagai pelindung nilai kekayaan.
Kesimpulannya, menabung emas bukan untuk kaya mendadak tetapi untuk pastikan kita tidak semakin miskin tanpa sedar.
Sebab itu,soalan sebenar kita patut tanya bukan “Untung ke simpan emas?”
Tetapi:
“Berapa gram emas yang kita dah simpan hari ini?”
Mulakan kecil.
Yang penting, konsisten menambah gram.
