Boleh percaya ke Skim Pelaburan Emas

Boleh percaya ke Skim Pelaburan Emas

Di Malaysia anda boleh menjumpai syarikat-syarikat yang menawarkan pulangan jika anda menyertai skim pelaburan emas mereka. Boleh dipercayai ke tidak?

Jawapannya TIDAK.

Biasanya skim-skim ini akan:

1. Menipu duit pelabur dengan melesapkan diri
2. Diserbu oleh bank negara.
3. Pulangan tidak masuk akal
4. Pulangan setiap bulan
5. Bukan emas fizikal
6. Baru ditubuhkan



Bagaimana nak tahu percaya ke tidak?

Sila lihat web Bank Negara Malaysia Consumer Alert -
 http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_financialconsumeralert dan 
PDF untuk syarikat yang dipantau dan tidak mematuhi BNM  - http://www.bnm.gov.my/documents/2017/20170224_FCA_ENb.pdf

Panduan sebelum menyertai skim pelaburan emas.

1.Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas.
anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/
Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan.
 2. Berapa harga emas yang dijual? Adakah harga semasa dunia atau lebih tinggi? Tidak ada gunanya anda membayar harga yang tinggi semata-mata mahukan pulangan bulanan
3. Buat pengiraan kos penyertaan. Ada syarikat yang akan kenakan kos-kos
sampingan kepada pelabur. Kos-kos ini perlu diambil kira kerana ia akan
mengurangkan keuntungan pelabur.

4. Pastikan bila anda membeli emas, anda mendapat emas waktu itu juga.
Kadang-kadang ada syarikat yang tidak memberikan emas dengan alasan
tiada stok lagi dan lain-lain, tetapi tetap memberikan pulangan kepada pelabur.
Ini adalah salah! Kalau syarikat tersebut ada rekod buat begini, JANGAN SERTAI!

5. Jika program berkenaan memerlukan anda menyerah balik emas anda
kepada syarikat untuk didagangkan, JANGAN SERTAI!
Ini adalah risiko yang sangat tinggi.

6. Exit cost – setelah tamat kontrak, adakah syarikat membeli balik emas anda?
Berapa kos ditolak? Kira kos ini kerana ia akan mengurangkan keuntungan anda.

7. Cuba kira kerugian anda dalam ‘worst case senario’
Contohnya kalau syarikat cabut lari. Kalau syarikat tu ada agen,
minta agen tu cerita dan kira. Jangan cerita profit aje, kira rugi sekali.
Jadi anda boleh tahu risiko awal-awal.

8. Ada kontrak tak? kalau ada kontrak, senang nak refer kalau ada apa-apa masalah
di masa hadapan. Kalau janji mulut sahaja then JANGAN SERTAI.
Tetapi ingat kontrak cuma panduan, bukan penyelamat.
Kalau syarikat nak menipu, dia akan tipu juga.

9. Kalau anda takut risiko, jangan sesekali joint skim pelaburan emas yang ada risiko.
Nanti tak tidur lena lah jawabnya…

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *