3. Emas menjadi pelindung kepada aset-aset kewangan yang lain.
Emas boleh jadi pengimbang untuk pelabur aset kewangan seperti saham. Ini kerana emas biasanya berkadaran songsang dengan pasaran saham. Apabila saham jatuh, biasanya pelabur akan lari kepada emas. Emas akan menjadi pengimbang untuk pelabur.
APAKAH KELEMAHAN EMAS?
1. Emas tidak memberikan pulangan berbentuk dividen dan bonus.
Emas juga tidak boleh berikan pulangan berbentuk compound interest (seperti ASB). Keuntungan emas hanyalah dalam bentuk kenaikan harga (price appreciation). Jadi bagi pelabur yang sukakan pulangan berbentuk dividen dan bonus, emas dilihat kurang menarik.
2. Terdapat banyak pilihan produk.
Anda mungkin tersalah pilih. Emas nie ada fizikal, ada akaun simpanan, ada ETF, ada stock, barang kemas, spot gold, futures dan banyak lagi. Anda mungkin tersalah pilih produk. Jadi ada risiko kerugian jika memilih produk yang salah.
3. Emas fizikal ada kos penyimpanan.
Jika emas fizikal anda banyak, anda mungkin akan risau emas boleh hilang/dicuri. Jadi anda perlu menyimpan emas tersebut dengan selamat. Anda mungkin terpaksa menanggung kos penyimpanan seperti menyewa safe deposit box.
Kesimpulan. Tidak ada satu pelaburan yang bagus serba-serbinya. Setiap pelaburan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Apa yang bagus dimata seorang individu, mungkin dilihat tidak bagus dimata individu lain.
Sebagai manusia, kita semua unik.
Cikgu saya cakap "We are wired differently (wayar otak kita tak sama) π"
Emas kekal sepanjang zaman
Ciptaan terindah dari yang Maha Agung
Hanya sekadar memyebarkan ilmu
Tiada yang lain hanya memberi peringatan(fazakkir)
Sumber inspirasi oleh:
Tuan guru Emas Syukor Hashim