Tunggu harga emas

Tunggu harga emas

Harga naik tak kaya, turun pun tak miskin... Yang paling penting, dah berapa keping (gram) emas yang kita ada?

Itu persoalan paling penting yang setiap penyimpan emas kena sibuk. Bukan sangat pasal harga...

Selagi kerajaan terus cetak duit kertas (sistem wang fiat), harga emas confirm akan naik pada masa akan datang. Sebab sistem duit kertas tu memang dicipta menyebabkan kuasa beli duit makin lama makin kecil nilainya.

Suka tak suka, kita terpaksa bayar harga lebih mahal untuk dapatkan barang yang sama pada masa akan datang.

Harga barang keperluan naik, harga tanah dan rumah naik, apatah lagi barang yang dianggap mahal sejak zaman berzaman - emas.

Jadi buat apa sibuk pasal harga?

Pengalaman saya dah 14 tahun dengan emas, saya belum jumpa lagilah mereka yang kaya dengan emas asbab mereka monitor harga.

On papernya memang dialah yang paling untung. Realitinya tak macam tu. Sebab mereka yang sibuk monitor harga akan kalah dengan emosi - sentiasa dalam posisi menyesal.

Bila harga naik, menyesal tak beli hari tu.
Bila harga turun, menyesal dah beli hari tu.

Akhir sekali dia rasa tak beli emas dan duit dia habis dibelanjakan tu lebih menguntungkan.

Walhal mereka yang beli emas tak tengok harga, emas mereka dah berkeping-keping. Emas makin banyak, confirmlah mereka makin kaya.

Bulan lepas, harga emas RM339 segram dah dianggap mahal. Tapi RM339 hari ni dianggap murah. Sebab semalam harga emas cecah RM361 segram!

Siapa yang menyesal beli emas masa harga mahal bulan lepas, mesti dia rasa beruntung bila tengok harga emas sekarang jauh lebih tinggi berbanding bulan lepas.

Bahkan ada yang dah untung kalau jual bulan ni.

Nak kaya ni bukan sekadar matematik. Kalau sekadar matematik, nescaya tak ada akauntan yang berbelit dengan masalah kewangan.

Sebagai seorang Chartered Akauntan, saya boleh sahkan Akauntan pun berbelit dengan masalah kewangan. Bahkan banyak akauntan pun kewangannya masih lagi "kais sebulan makan sebulan" walaupun mereka memang bijak bab kira-kira.

Sebab tu saya sentiasa ulang nasihat, jangan buang masa dengan harga emas. Saya percaya, lepas 10 tahun menabung emas, pandangan setiap kita tentang menabung emas akan berbeza.

Ia bukan lagi tentang harga. Tapi sejauh mana kita konsisten tambah kepingan-kepingan emas dalam simpanan kita. InsyaAllah.

#TipKayaDenganEmas
๐๐š๐ ๐š๐ข๐ฆ๐š๐ง๐š ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ญ๐š๐ก๐ฎ ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐š๐๐š ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ž๐ง ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฉ๐š๐ฅ๐ฌ๐ฎ

๐๐š๐ ๐š๐ข๐ฆ๐š๐ง๐š ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ญ๐š๐ก๐ฎ ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐š๐๐š ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ž๐ง ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฉ๐š๐ฅ๐ฌ๐ฎ

 



"๐๐š๐ ๐š๐ข๐ฆ๐š๐ง๐š ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ญ๐š๐ก๐ฎ ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐š๐๐š ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ž๐ง ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฉ๐š๐ฅ๐ฌ๐ฎ?"


Jawapan: Untuk orang awam, biasanya dia tak boleh tahu samada emas tersebut tulen atau tidak. Itu bukan kepakaran dia.


Namun anda boleh gunakan beberapa alatan untuk membantu mengenalpasti emas itu palsu atau tidak.


๐Ÿ. ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ค๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ ๐ง๐ž๐ญ.

Emas tulen tidak tertarik kepada magnet. Kalau emas palsu disalut dengan besi atau logam yang boleh ditarik oleh magnet maka ujian magnet boleh mengenalpasti emas tu palsu.


๐Ÿ. ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ค๐š๐ง ๐œ๐ฎ๐ญ๐ญ๐ข๐ง๐  ๐ฉ๐ฅ๐ข๐ž๐ซ.

Kedai emas selalu gunakan teknik nie. Guna plier dan potong ajer.  Boleh terus nampak samada ada besi atau logam lain kat dalam emas tu.


๐Ÿ‘. ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ค๐š๐ง ๐š๐ฌ๐ข๐. 

Emas boleh dicheck dengan asid test kit. Kedai emas selalu gunakan teknik ini. Emas akan digores atas batu hitam, kemudian asid akan dititis keatas goresan emas tersebut. 


๐Ÿ’. ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ค๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฌ๐ข๐ง ๐๐ž๐ง๐ฌ๐ข๐ฆ๐ž๐ญ๐ž๐ซ.

Mesin nie biasanya ada di Arrahnu. Orang perseorangan biasanya takde mesin nie sebab mahal. Mesin ini boleh mengukur ketumpatan sesuatu objek dan dia boleh tahu samada objek tersebut emas atau tidak.


5. Ujian terakhir tapi jarang-jarang sekali digunakan adalah ๐ฎ๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐ ๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ง ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ. Emas tulen nie lembut (emas 999.9). Jadi kalau anda gigit maka emas tulen boleh berlekuk. 

EMAS ASET PALING UNIK.

EMAS ASET PALING UNIK.

❤️ Emas adalah komoditi yang sangat unik. Keunikan emas boleh dilihat dari banyak sudut.
✅ Emas memiliki fungsi yang pelbagai, sesuai dengan matlamat kewangan pemiliknya.
✅ Emas mudah dilenturkan, tiada bau, dan tidak berkarat.
✅ Emas sentiasa diminati oleh masyarakat, tidak kira bangsa dan agama apa sekalipun.
✅ Emas digunakan sebagai matawang sebenar sejak dahulu sehingga kini oleh pelbagai negara yang menjadikannya sebagai simpanan (reserve).
✅ Emas diiktiraf dalam Islam dan disebut secara khusus dalam Al-Quran sebagai harta yang disukai, haram menyimpannya kerana tidak mahu mengeluarkan zakat dan bakal menjadi barang perhiasan buat lelaki dan wanita di dalam syurga.

Jom mulakan simpanan emas sekarang. Daftar PERCUMA je.

Saya bantu tuan/puan dengan senyuman ๐Ÿ˜Š

NIZAM @ TOKPERAIHEMAS

Klik link WhatsApp: http://gap.wasap.my
Whatsapp Group : https://tinyurl.com/simpangold
Telegram Channel : https://t.me/simpangold
Link Kad Bisnes : http://linktr.ee/tokperaihemas 
Emas atau duit fiat

Emas atau duit fiat

Emas atau duit fiat,kedua-duanya adalah duit, satu adalah kertas atau digital dan satu lagi adalah logam mulia. Nilai duit kertas jatuh hanya tinggal sebagai kertas, harga emas jatuh tetap juga emas.

Fungsi duit fiat adalah sebagai medium pertukaran.Manakala fungsi emas sebagai duit sebenar adalah penyimpan nilai untuk jangkamasa panjang.

Ringgit Malaysia sahlaku di Malaysia, nilai duit kertas turun naik mengikut kestabilan ekonomi. Emas sahlaku di seluruh dunia, nilai emas sentiasa kekal dari dulu sampai sekarang.

Duit kertas boleh diciptakan menyebabkan penyusutan nilai, emas tidak boleh dicipta menyebabkan harganya sentiasa mahal.

Duit tidak penting? Tanpa duit bagaimana nak beli emas? Ada duit baru boleh beli emas, ada emas baru ada duit. 

Nak berbelanja gunalah duit, nak kumpul aset simpanlah emas. Keduanya penting, yang lebih penting ada simpanan.
Nak emas 1kg

Nak emas 1kg

Nak ada 1 kilogram emas, mulakan dulu dengan 1gram 1bulan. Jangan tunggu duit banyak baru nak beli emas. Tetapi mulakan dulu walaupun hanya 1 gram. 

Mulakan hari ini. Nanti sedar-sedar dah ada 10 gram, 100 gram, dan 1,000 gram! InsyaAllah. Simpan sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Target simpan emas sampai cukup 1keluarga 1kilogram. Jumlah tu insyaAllah cukup sebagai pelindung kekayaan untuk sebuah keluarga.

1 gram HARI NI RM243

Kalau rasa BERAT RM243
Keluarkan RM100 sebulan.

Kumpul sikit-sikit lama2 jd gunung emas ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ.

Tak mulakan mcm mana nak ada. 

Jom buka akaun GAP Percuma je guysss..
 

*NIZAM MOHD* 
*PG005353* 
แด˜แดœส™สŸษชแด„ ษขแดสŸแด… แด…แด‡แด€สŸแด‡ส€
ษขแดสŸแด…ส™แด€ส€ • แด…ษชษดแด€ส€ • sษชสŸแด แด‡ส€ • แด…ษชส€สœแด€แด
๐•ค๐•’๐•ช ๐•ช๐•–๐•ค ๐•ฅ๐•  ๐•˜๐• ๐•๐•• ๐•ค๐•’๐•ง๐•š๐•Ÿ๐•˜๐•ค
Duit Sebenar adalah Emas dan Perak

Duit Sebenar adalah Emas dan Perak

"DUIT SEBENAR ADALAH EMAS DAN PERAK"

Duit sebenar adalah emas dan perak iaitu dikenali Dinar dan Dirham. Semua yang lain termasuk wang adalah tipudaya dan kredit yang tidak bernilai.

Cuba bakar wang dan emas, wang tidak bernilai langsung.

Jika wang tidak di bakar pun, nilainya semakin tidak bernilai dalam jangkamasa panjang.

Jadi lebih baik simpan emas untuk jangkamasa panjang bagi mengelak penyusutan nilai.

Emas dan perak diakui logam unggul, tidak dapat dicipta, logam lengai dan tidak dapat dimusnahkan.


#emas #dinar #perak #dirham #duitsebenar

CNP