George soros naik tangga ke sepuluh terkaya di amerika sebab pelaburan emas

George soros naik tangga ke sepuluh terkaya di amerika sebab pelaburan emas

NEW YORK: Pelabur, George Soros, pada usia 81 tahun, buat kali pertama tersenarai antara 10 orang paling kaya di Amerika Syarikat.

Tidak mengejutkan, Bill Gates sekali lagi menduduki tangga teratas senarai berkenaan dengan harta berjumlah AS$59 bilion, meningkat AS$5 bilion, lapor Majalah Forbes semalam dalam edisi 2011 senarai tahunan orang paling kayanya.


Pengasas Microsoft itu menjadi orang paling kaya Amerika sejak 1994.

Setiap mereka yang berada dalam senarai 20 paling kaya menyaksikan kekayaan mereka meningkat, kecuali Warren Buffet yang hartanya merosot sebanyak AS$6 bilion kepada AS$39 bilion ekoran kejatuhan sahamnya dalam Berkshire Hathaway. Buffett sebelum ini menggesa Presiden Barack Obama supaya meningkatkan cukai terhadap jutawan dan berikrar akan mendermakan 99 peratus hartanya untuk kerja kebajikan.


Menduduki tangga ketujuh, Soros memiliki harta berjumlah AS$22 bilion selepas menggabungkan harta bersihnya bernilai AS$7.8 bilion dengan pelaburannya dalam emas dan sekuriti berkaitan.


Soros menukarkan sahamnya kepada tunai pada musim bunga lalu, membolehkannya mengekalkan keuntungan dan mengelak daripada kerugian ketika kegawatan pasaran ekoran krisis hutang di Eropah.

Sementara itu, Buffet menduduki tangga kedua dan kemerosotan hartanya berpunca daripada kejatuhan saham nya dalam Berkshire Hathaway sebanyak sembilan peratus antara 25 Ogos 2010 dan 26 Ogos 2011. “Beliau juga adalah bilionair paling dermawan,” kata Luisa Kroll, Pengarang Forbes. Menduduki tangga ketiga senarai itu ialah pengasas Oracle, Larry Ellison, yang nilai kekayaannya meningkat sebanyak AS$6 billion kepada AS$33 billion. - AP
Bila masa sesuai untuk membeli emas?

Bila masa sesuai untuk membeli emas?


Ramai yang bertanya tentang soalan diatas dan amat digemari bagi mereka baru terbuka mata untuk melabur emas.

Bagi saya, jawapannya amat mudah iaitu SEKARANG or NOW!. Kalau tak melabur sekarang, bila lagi. Nak tunggu harga rendah, memang ada adat turun naik.

Rata-rata, apabila mereka beli masa rendah, dan sekarang harga melonjak tinggi, gembira sakan.

Tapi bila, harga jatuh dari nilaian yg mereka beli sebelum ni. Ramai la dok komplen tak puas hati.

Anyway, bagi saya. Kalau tak start sekarang, bila lagi.. Nak tunggu harga emas RM400/gm baru nak melabur.

So tunggu la buah durian tu gugur.. Kalau gugur tak pe. tapi yg gugur nya orang lain punya dusun durian..

Hehe.. Fikirkan lah.

** macam gambar durian diaatas, dan kena ikat dgn sarung dawai. So memang tak gugur lah.. Tunggu la ya sampai dia gugur.