Jangan Tunggu Baru Beli tetapi Beli Dulu Baru Tunggu

Jangan Tunggu Baru Beli tetapi Beli Dulu Baru Tunggu

Saya berminat untuk mula simpan emas.

Bajet saya segram saja sebulan.

Berapa harga segram hari ni Tuan?


Harga hari ini RMXXX

Senyap.

Esok tanya lagi. Berapa harga segram hari ni Tuan?

Harga hari ini RMXXY

Senyap.

Minggu depan tanya lagi. Berapa harga segram hari ni Tuan?

Harga hari ini RMXXZ

Senyap.

Bulan depan tanya lagi. Berapa harga segram hari ni Tuan?

Harga hari ini RMXYZ

Senyap.

Dengar nasihat saya. Tanya harga segram tidak menjadikan gram anda bertambah.

Bila sudah ada duit, mulakan saja dengan segram sebagai permulaan.

Bila sudah mula, kita akan cepat serba-serbi. Cepat faham mahal murah harga. Sebab kita dah tahu margin belian kita. Kita boleh leverage harga emas segram kita.

Cepat bertambah gram yang disimpan. Cepat bertambah harta dan kekayaan kita.

Selagi tidak bermula, rasa takut dan tamak akan selalu mengacau.

Setiap kali tanya, harga semakin naik. Kita jadi TAKUT

Setiap kali tanya, harga makin turun. Kita pula jadi TAMAK

Masa bergerak terlalu lantas. Sedar tak sedar selepas bertahun-tahun tahu tentang emas dan kebaikan menyimpannya, kita masih di takuk lama.

Segram pun takde!

PEPATAH EMAS:

"Jangan Tunggu Baru Beli tetapi Beli Dulu Baru Tunggu"

Terimakasih utk Penulis Aiz

----------------------------------------------
Mohd Nizam / 0136408906
Introducer PG Code : PG005353
PublicGold Dealer
----------------------------------------------


Yang menunggu terus menunggu.
Yang mengkaji, teruskan kajian. Harga terus melonjak naik.
Tip Pelaburan Emas

Tip Pelaburan Emas


Pelaburan emas fizikal ialah urusniaga jual beli jongkong emas atau emas dinar yang Sah dan Patuh Syariah dimana beli emas dapat emas fizikal.

Tips pelaburan emas adalah seperti berikut

# Beli emas mesti dapat emas, BUKAN dapat surat perjanjian atau kontrak atau hanya dapat sebahagian emas atau tertangguh...

# Beli emas masa ada wang atau wang lebihan kerana pelaburan emas untuk jangkamasa panjang kecuali belian emas bermodal besar yang mempunyai peratus spread rendah. Margin untuk besar bila berlaku kenaikan harga emas

# Beli emas untuk pelaburan jangka sederhana atau panjang sekurang-kurangnya dlm tempoh setahun untuk dapat keuntungan...Bukannya beli 1 gram hari ni dan nak jual bulan depan dengan mengharapkan keuntungan.

# Beli jenis emas yang mempunyai peratus spread atau susut nilai terendah untuk keuntungan maksima. Emas pelaburan lagi besar lagi murah dan lagi rendah peratus spread.

# Beli emas dari syarikat pelaburan emas yang kukuh serta banyak cawangan kerana pelaburan emas untuk jangka panjang dimana jika emas dijual kepada syarikat berlainan, harga jual emas akan dipotong untuk kos melebur semula emas.

# Beli emas popular iaitu mudah untuk dibeli, mudah dijual atau digadai serta emas popular serta diminati ramai supaya mudah dijual beli.

# Beli emas setiap bulan tanpa mengira harga emas tinggi atau rendah lebih mudah dan menguntungkan dengan sistem pemurataan harga sambil mengelak kebocoran wang.

# Beli emas TERUS pada permulaan sebagai tapak pelaburan atau benchmark harga emas sambil mengelak wang habis dibelanjakan begitu saja.  Jika hari ni harganya RM190,  esok harga emas RM185, maka ia adalah murah dari benchmark anda iaitu RM190.


* JANGAN beli emas perhiasan untuk pelaburan kerana harganya mahal, kena upah tujang, kena gst dan peratus spread/susut nilainya tinggi.

* JANGAN beli emas tetapi tak dapat emas fizikal atau emas tertangguh atau dijanjikan imbuhan bulanan kerana ianya pelaburan haram atau skim cepat kaya. Jangan tamak...

* JANGAN pajak emas tanpa sebarang alasan yg kukuh dan tanpa teknik yang betul kecuali pajak emas kerana kecemasan, pusing modal perniagaan atau teknik pajak pada waktu sesuai.

* JANGAN beli emas kerana terikut orang atau waktu harga emas melonjak tinggi disebabkan pemintaan yang tinggi kerana selepas itu harga emas akan bertindak balas turun sikit.

* JANGAN beli emas murah kerana emas murah yang tiada jenama atau scrap tanpa pengesahan ketulenan susah  dijual dan dipotong harga jual yang tinggi.

* JANGAN jual emas kepada syarikat atau kedai emas yang berlainan kerana harga jual emas di potong tinggi kerana kos lebur semula emas.

*JANGAN TIDAK BELI EMAS kerana emas penting sebagai penyelamat waktu kecemasan, kejatuhan nilai wang, ekonomi meleset, bencana dan pengelak kebocoran wang kerana emas mudah dibawa, kalis air api, kalis inflasi dan laku seluruh dunia.

“ NILAI EMAS SEMAKIN TINGGI, NILAI WANG SEMAKIN RENDAH “

JANGAN TUNGGU BELI EMAS, SETELAH BELI EMAS HANYA TUNGGU...

Hubungi thru WA 013-6408906, Mohd Nizam PG005353

Dealer Public Gold Semenjak 2011 untuk maklumat pelaburan emas fizikal ilmu pelaburan emas fizikal
Strategi Pelaburan Emas Konvensional

Strategi Pelaburan Emas Konvensional


Strategi Emas ni biasalah digunakan oleh mana-mana pelabur emas. Strategi ini adalah beli dan simpan. Beli emas sekarang dan simpan untuk jangka masa yang panjang. Dengan kenaikan harga emas, anda mendapat keuntungan dengan menjual. Tetapi keuntungan anda sekali sahaja iaitu setelah menjual emas tersebut. One Off deal je.

Ini strategi mudah. Selalu jika ada lebihan duit beli dan simpan. Jika terdesak, boleh je jual atau pajak. Pajak lebih baik , lepas ada duit, tebus balik emas tersebut.

Selalu kita diingatkan supaya guna taktik "Buy Low Sell High". Satu persoalan, bila ya harga buy dia low atau rendah. Harga emas tidak akan serendah mana dah. So apabila kita lihat harga emas hari-hari ni, kita akan tahu berapa margin rendah dan berapa margin tinggi tu.

Selamat melabur.
Simpanan Emas untuk Pendidikan Anak

Simpanan Emas untuk Pendidikan Anak


Rasa terpanggil untuk memberi formula untuk simpanan pendidikan anak-anak kita pada masa depan. Jika anda membeli 20gm untuk anda yang baru/bakal lahir) dan anda simpan selama mana yang anda tentukan. Contohnya, setelah anak anda berumur 18 tahun, berapakah pulangan anda pada masa itu?

Dari formula dalam excel dengan menggunakan function FV iaitu Future Value

FV(20%,18,0,-3200) , anda akan mendapat RM 85,194.67 jika kenaikannya 20 peratus setahun.

Fikirkan lah jika dalam 10 tahun, kenaikan 380% seperti sebelumnya. Fikirkan lah.

Salam Ceria
TokPeraihEmas.com


Kompilasi Strategi EMAS

Kompilasi Strategi EMAS


Sudah Genap 6 tahun saya menceburi bisnes emas secara aktif, maka banyak lah informasi-informasi yang saya cari di halaman web OTAI-OTAI EMAS and juga seminar-seminar EMAS yang tumbuh semacam cendawan tumbuh selepas hujan.

Seminar

Antara seminar-seminar yang saya ikuti adalah Seminar EMAS PokLI dan Tuan Karim BizMambau dan Seminar EMAS (Kearah kebebasan kewangan melalui Public Gold) PokLI dan Tuan Mohd Faizan (pelaburjutawan)

Banyak tips-tips dan strategi yang saya dapati dari Seminar EMAS ni yang tidak diberitahu secara direct di halaman blog mereka.

Mahar

Nak tahu ke? Itu kena bayar mahar tu.. Salah seorang SIFU saya, mahar nya kenalah beli EMAS dengan saya. Itu je.

Saya jawab kenapa kena mahar. Sebabnya................ kalau bagi free info, ramai yang masuk telingan kiri dan keluar telinga kanan. Kalau mereka yang beli EMAS tu, sememang nya mereka nakkan ACTION, nak kan taktik camner untuk menjana pendapatan dari EMAS mereka. Betul tak?

Saya akan reveal kompilasi taktik-taktik dan strategi EMAS ini untuk mereka yang serius sahaja dan menjadi dealer saya.

Kalau yang tak serius tu, tak payah ler.. Baca je apa yang ada di semua blog OTAI EMAS kat alam maya siber ni je. Tak payah keluar duit, tak payah ACTION. Mudah kan, tak habis air liur dan tak habis masa saya.


Sesiapa yang berminat tu, tahniah diucapkan dan saya pun seperti anda suatu masa dulu. Dah puas saya mencari sesuatu untuk mendapat pendapatan pasif yang berterusan. Dah banyak MLM saya masuk, dah naik menyampah dah orang dengar. Bosan betul.

Tapi akhirnya, ini lah satu-satu 'passion' saya dan saya akan tumpukan sepenuh masa saya terhadap perniagaan emas ini.

Walaupun saya bergelar Senior Technical Consultant, Engineer atau Researcher yang pernah bekerja di Syarikat Antarabangsa di Stockholm, Milan dan Bern, saya adalah insan biasa seperti anda yang mencari sesuap nasi untuk masa hadapan yang lebih cerah.

Wang bukanlah segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan wang.

Belajar PHD sekali pun, akhirnya untuk dapat gaji. Alangkah lebih baik belajar ilmu menjana wang daripada ilmu yang hanya dipraktis di Universiti saja.

Sekian dari saya. Good Luck ya, saya doakan untuk anda.

Sesiapa yang serius tu, boleh la kita TT kat mana-mana. Mana tahu, kita boleh sama-sama berjaya and berkerjasama.

Amin.

​----------------------------------------------
Nizam / 0136408906
Introducer PG Code : PG005353
PublicGold Dealer
----------------------------------------------