Teknik pemurataan harga dalam membeli emas

Teknik pemurataan harga dalam membeli emas

 


Pπ—˜π— π—¨π—₯𝗔𝗧𝗔𝗔𝗑 𝗛𝗔π—₯π—šπ—”


Salah satu teknik dan kaedah dalam simpanan dan pelaburan emas adalah pemurataan harga (averaging price), satu teknik yang boleh digunakan untuk merendahkan harga pembelian emas untuk memaksimumkan untung simpanan dan pelaburan emas kita.


Kaedahnya sangat mudah; jumlahkan jumlah pembelian dan bahagikan dengan jumlah gram. Hasilnya adalah purata harga per gram yang lebih rendah dari harga emas yang paling tinggi kita pernah beli.


Dengan menggunakan teknik ini, penyimpan dan pelabur emas tidak perlu tunggu harga emas naik harga paling tinggi pun dah boleh untung.


Woww.. menarik kan? 🀩


Untuk memaksimumkan keuntungan menggunakan teknik ini adalah dengan menambah lebih banyak gram pada harga paling rendah, makin banyak gram dan makin rendah harga akan memberikan lebih banyak keuntungan pada penyimpan dan pelabur emas.


Contohnya; anda boleh lihat poster di bawah. Untuk tahun 2022, jika kita konsisten simpan emas setiap bulan, purata segram hanya RM 273.92 saja.


Kesimpulannya adalah apabila kita tambah gram pada harga rendah, kita tidak perlu menunggu lama untuk untung walaupun sudah beli pada harga yang paling tinggi sebelum ini. 


Makin rendah harga emas, makin banyak kita patut beli. Bila harga emas dah naik nanti kita boleh dapat untung maksimum. Betul apa yang mentor emas saya cakap; harga emas turun makin lagi orang berebut beli.


Simpanlah emas dengan ilmu dan beli ikut pada poket sendiri.

>> osini.co/publicgold2u

#simpanemas #simpansilver #1gram1bulan #publicgold #jomsimpanemas #gappublicgold  #tipskaya #emaspublicgold #goldbarpublicgold #dinarpublicgold  #impianhidup #pgmall


Tip Pelaburan Emas

Tip Pelaburan Emas


Pelaburan emas fizikal ialah urusniaga jual beli jongkong emas atau emas dinar yang Sah dan Patuh Syariah dimana beli emas dapat emas fizikal.

Tips pelaburan emas adalah seperti berikut

# Beli emas mesti dapat emas, BUKAN dapat surat perjanjian atau kontrak atau hanya dapat sebahagian emas atau tertangguh...

# Beli emas masa ada wang atau wang lebihan kerana pelaburan emas untuk jangkamasa panjang kecuali belian emas bermodal besar yang mempunyai peratus spread rendah. Margin untuk besar bila berlaku kenaikan harga emas

# Beli emas untuk pelaburan jangka sederhana atau panjang sekurang-kurangnya dlm tempoh setahun untuk dapat keuntungan...Bukannya beli 1 gram hari ni dan nak jual bulan depan dengan mengharapkan keuntungan.

# Beli jenis emas yang mempunyai peratus spread atau susut nilai terendah untuk keuntungan maksima. Emas pelaburan lagi besar lagi murah dan lagi rendah peratus spread.

# Beli emas dari syarikat pelaburan emas yang kukuh serta banyak cawangan kerana pelaburan emas untuk jangka panjang dimana jika emas dijual kepada syarikat berlainan, harga jual emas akan dipotong untuk kos melebur semula emas.

# Beli emas popular iaitu mudah untuk dibeli, mudah dijual atau digadai serta emas popular serta diminati ramai supaya mudah dijual beli.

# Beli emas setiap bulan tanpa mengira harga emas tinggi atau rendah lebih mudah dan menguntungkan dengan sistem pemurataan harga sambil mengelak kebocoran wang.

# Beli emas TERUS pada permulaan sebagai tapak pelaburan atau benchmark harga emas sambil mengelak wang habis dibelanjakan begitu saja.  Jika hari ni harganya RM190,  esok harga emas RM185, maka ia adalah murah dari benchmark anda iaitu RM190.


* JANGAN beli emas perhiasan untuk pelaburan kerana harganya mahal, kena upah tujang, kena gst dan peratus spread/susut nilainya tinggi.

* JANGAN beli emas tetapi tak dapat emas fizikal atau emas tertangguh atau dijanjikan imbuhan bulanan kerana ianya pelaburan haram atau skim cepat kaya. Jangan tamak...

* JANGAN pajak emas tanpa sebarang alasan yg kukuh dan tanpa teknik yang betul kecuali pajak emas kerana kecemasan, pusing modal perniagaan atau teknik pajak pada waktu sesuai.

* JANGAN beli emas kerana terikut orang atau waktu harga emas melonjak tinggi disebabkan pemintaan yang tinggi kerana selepas itu harga emas akan bertindak balas turun sikit.

* JANGAN beli emas murah kerana emas murah yang tiada jenama atau scrap tanpa pengesahan ketulenan susah  dijual dan dipotong harga jual yang tinggi.

* JANGAN jual emas kepada syarikat atau kedai emas yang berlainan kerana harga jual emas di potong tinggi kerana kos lebur semula emas.

*JANGAN TIDAK BELI EMAS kerana emas penting sebagai penyelamat waktu kecemasan, kejatuhan nilai wang, ekonomi meleset, bencana dan pengelak kebocoran wang kerana emas mudah dibawa, kalis air api, kalis inflasi dan laku seluruh dunia.

“ NILAI EMAS SEMAKIN TINGGI, NILAI WANG SEMAKIN RENDAH “

JANGAN TUNGGU BELI EMAS, SETELAH BELI EMAS HANYA TUNGGU...

Hubungi thru WA 013-6408906, Mohd Nizam PG005353

Dealer Public Gold Semenjak 2011 untuk maklumat pelaburan emas fizikal ilmu pelaburan emas fizikal
Teknik Teknik Melabur EMAS

Teknik Teknik Melabur EMAS


1. Beli & Pajak EMAS (teknik outdated dah.. ramai yang kantoi, last-last berhutang dengan Ar-Rahnu). eh bukan, dia orang keje untuk bayar Bank Rakyat dan Agro Bank

2. Teknik Perbelanjaan bulanan dikawal selia EMAS - paling best tapi modal tinggi.

3. Teknik Emas VS ASB - Susah nak citer.

4. Teknik Stok Sendiri - Kasi display je

5. Teknik Simpan buat perkasam - Teknik holding power yang tinggi. Kalau tak jual, memang tak rasa profit.

6. Teknik Rempit Emas, jangan sampai disempitkan. - Target banyakkan stok EMAS, kalau tak displin memang kantoi

7. Teknik 6 bulan - Kena ada holding power

8. Teknik Pecahan Emas - kurangkan kadar tanggungan pajakan di Ar-Rahnu

9. Teknik 3 Tahun - Kena ada holding power yang tinggi


Harga Emas berubah dalam masa 20 minit

Harga Emas berubah dalam masa 20 minit

Dalam Web PublicGold, kita dapat melihat harga emas berubah-ubah setiap dua puluh minit. Dalam 20 minit sahaja, kita akan mengetahui keuntungan atau kerugian.


Bagi mereka yang berminat dengan emas, mereka akan peka tentang kenaikan dan penurunan harga emas.

Kenaikan dan penurunan emas tidaklah penting untuk anda yang baru bermula.

Anda hanya perlu mengetahui Margin harga emas anda.

Sebagai contoh: Harga emas hari ini adalah RM190/gm.

Maka anda membelinya dengan harga RM190 dan anda mendapat 1 gram Emas.

Harga margin anda sekarang adalah RM190/gm

Keesokan hari nya, anda melihat, harga telah turun kepada RM186.  Dalam hal ini, harga telah jatuh dan menjadi murah. Anda beli lagi 1 gram dengan harga RM186.

Pemurataan harga Emas anda sekarang adalah   [190 + 186] /2  = 188.

Harga margin ada sekarang adalah RM188/gm

Contohnya, keesokkan hari nya, anda mendapati harga emas adalah RM192/gm.
Harga ini telah menjadi lebih mahal untuk dibeli.  Mungkin anda perlu menunggu harga kembali rendah pada margin anda.

Check setiap hari, apabila harga emas rendah dari margin anda dan terus membeli.

Insyaallah pelaburan dan simpanan anda akan bertambah.


Maka selamat melabur!